Monday, 18 February 2013

Perubahan hormon mungkin~

ASSALAMUALAIKUM


Sedar tak sedar, ye aku terpaksa sedarkan diri sendiri yang cuti sem aku tinggal lagi 2minggu je,huh! kejapnya cuti sem aku. Padahal sebulan lebih tu pun member2 aku cakap lama, sampai ada yang lebelkan cuti sem ni bosan....bosan....bosan....buatkan aku rasa menyesal sebab tak keja cuti ni. Kau tak payah tanyala cuti ni aku buat apa kat rumah kan kalau dah tak keja part-time tu, betul sangatla tekaan kau tu, nah! hamek hadiah kau baucer pergi bercuti kat tempat yang tak de org nak pegi haha! k tak lawak. Aku jadi suri rumah merangkap pembantu mak aku yang tak membantu langsung pun. Hari-hari keja aku kat rumah selain makan, tido, online, kacau adik-adik aku, main kejar-kejar dengan kucing aku selagi tak mengah-mengah adalah buat keja rumah lah! tak tau la pulak kalau suri rumah sekarang buat keja pertukangan pulak. 

Apa sebenarnya yang kau nak citer dlm entry kau sebenarnya ni?? *tumbuk diri sendiri.

Makin nak habeh cuti aku, aku jadi makin sensitif, kau tau sensitif? bukan dalam erti kata sikit-sikit nak melalak tak tentu pasal tu (nanges). Tapi dalam erti kata yang lebih sweet, aku jadi cepat tersentuh gitu, *drama sangat kau yati. Time tengok drama cintan cinton kat tv, tetiba je aku berangan yang aku tengah belakon kat dalam citer tu, kalau time baca novel tak payah citer la memang aku sedia anggap watak dalam citer tu adalah aku haha! nampak sesegalan kat situ. 

Suatu saat yang aku rasa menyentuh hati kecil aku ni, selain saat-saat yang aku lalui dengan mak aku adalah bila mak sedara aku yang terkenal dengan mulut dia yang cakap main lepas jer tu hehe! *gelak pulak kau yati, yang garang macam si*** yang cakap banyak rupanya seorang yang sangat penyayang. Bukan bermakna aku baru tau sikap penyayang dia tu,kau bagi peluang aku habeh citer dulu boleh? tapi kali ni tindakan dia picitkan kepala aku buatkan aku tersentuh T_T. Sebelum ni mak aku je yang picitkan kepala aku bila aku pening-pening lalat atau sakit kepala *selalunya kau mengada jer lebih. 


DIA : AWAT NI KAK?
*dalam keadaan aku terlentok kat sofa rumah
AKU : PENING KEPALA SIKIT NDAK..
*Ndak tu panggilan aku kat dia
DIA : LAA, MAKAN UBAT DAH KA NI?
AKU : DAK PON, SATGI OK LA NI.


Tak aku sangka apatah lagi duga, dia selamber jer picitkan kepala aku ni,..
kepala aku ok,..kepala aku.
Terharu sampai tak terkata aku kat sofa tu, sofa jadi saksi.



*macam yang kau sangka, baby ni bukan aku, yang sebelah dia tu lagi la bukan, tumbuk kang.


N A : Sekali bergelar ibu, walaupun dengan anak orang sekalipun,..dia tetap seorang ibu.