Thursday, 29 November 2012

Be Mine ^__^






so sweettttt....:)
Cerita yang lelaki fb mahu jadi realiti:
------------------------------------------

Terlihat satu profile awek cun. Terkebetulan, awek cun tu tidak menutup aurat yakni tidak memakai tudung. Kemudian, si lelaki itu add.

Keesokan harinya, awek cun tu approve. Makanya, si lelaki itu pun mesej dengan ucapan:

"Assalamualaikum. Syukran approve saya. Salam ukhuwwah fillah."

Awek cun pun reply sehari
selepas tu:

"Wslm. Sama-sama."

Si lelaki pun menambah sikit dalam mesej.

"Kalau tak keberatan, boleh saya tegur sikit?"

Awek cun balas:

"Iya, silakan.."

Si lelaki: "Sebenarnya, aurat ni sebegini sebegini; kecuali muka dan kedua tapak tangan. Ada juga yang kata kena pakai purdah. Tapi, awak tak perlu fikir pasal tu, yang tu bila awak dah faham lebih lagi tentang aurat. So, kalau awak sudi, awak berubahlah ya perlahan-perlahan ikut kemampuan. Kalau ada apa-apa tak faham, saya boleh guide awak. Insya-Allah."

Seminggu kemudian, baru ada reply:

Awek cun: "Insya-Allah. Saya pun dah lama tunggu orang nasihat saya."

Keesokan harinya, facebook awek cun tadi bertukar rupa. DP pakai tudung. Gambar-gambar yang buka aurat semua didelete.

Si lelaki: "Alhamdulillah...sayalah org yg paling gembira dengan perubahan awak ni. Tapi Tuhan laagi gembira dengan penghijrahan awak ni. Usaha awak sendiri ni. Ni dinamakan tekad dan mujahadah. Ni pun cam perjuangan gak lah. Terbaik. Saya sujud syukur.

Awek cun terharu.

Keesokan harinya pula, si lelaki memulakan bicara:

"Awak ni belum berpunya ke?"

Awek cun: "Belum. Saya masih study. Ada yang nak serius, tapi saya tak yakin dengan mereka. Kalau boleh, nak la juga lelaki soleh jadi suami. Tapi, dulu kan saya tak baik. Siapa la nak saya ni.."

Si lelaki: "Saya tak peduli dengan kisah silam awak tu semua. Yang penting, awak sekarang."

Awek cun: "Maksud awak....?"

Si lelaki: "Saya sudi jadikan awak isteri saya. Itu pun kalau awak sudi..Ya lah, saya ni siapa je kan, tak hensem pun.."

Awek cun: "Eh, jangan kata macam tu, semua org sempurna."

Si lelaki: "Maksudnya..awak sudi la ni?"

Awek cun: " (^_^). Datanglah rumah masuk meminang."

Si lelaki: "Alhamdulillah!" ( melompat-lompat bersorak satu rumah sewa dengan member2 sebab dapat kahwin )



3 comments:

  1. :D... waahh... thru bce... :)

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah...Allah dah sediakn jodoh terbaik buat kita semua :)

    ReplyDelete
  3. Insyaallah zaa :),...kan tira hehe ^_^

    ReplyDelete