Saturday, 5 October 2013

Aku sayang Kau



Suatu hari nanti bila kau rindukan seseorang tapi kau tak tahu siapa yang kau rindukan,..
Mungkin orang yang kau rindukan tu adalah aku.

Kau selalu ada dalam doa aku tiap kali aku mengadap DIA pencipta kita.
Tiap kali aku ingat kau, hati ni rasa hiba yang teramat.
Mata ni bergenang, aku nampak kau samar-samar tengah pandang aku.
Kau pandang aku seolah-olah kau bagitau aku yang kau akan selalu ada untuk aku macam mana yang aku selalu cakap kat kau.
Kadang aku rasa kau jauh sangat, tapi aku tahu kau pandai jaga diri. ALLAH pun jaga kau jadi aku tak risau sangat. Tapi DIA saja tahu rindu aku kat kau.
Bila kau tak ada kat sisi, aku jadi jahat.
Kau tak ada untuk nasihatkan aku.
Kau dah tak nampak apa yang aku buat.
Aku nak kau ada.


.............................................................................................